JERAM LINANG
Salah satu lokasi riadah yang menarik untuk dikunjungi di Kelantan ialah Air terjun Jeram Linang, Machang. Ia merupakan Air Terjun terawal dimajukan di Negeri Kelantan. Lokasinya terletak di dalam Hutan Simpan Ulu Sat, Machang.
Untuk pergi ke Air Terjun Jeram Linang anda boleh pergi dengan kenderaan sendiri dan juga kenderaan awam. Jarak dari bandar Pasir Puteh ialah 20 km, manakala 22 km dari bandar Machang, dan perlu melalui jalan lebuhraya Machang-Pasir Puteh.
Pihak kerajaan telah menyediakan kemudahan di Air Terjun ini seperti Tandas Awam, Wakaf Rehat, Musalla, Restoran dan Tempat Letak Kereta. Pengunjung Air Terjun Jeram Linang ini boleh melakukan aktiviti Jungle Trekking dan mandi-manda di tempat ini. Kawasan perkhemahan juga disediakan.
Dengan persekitaran yang bersih dan nyaman, Jeram Linang merupakan lokasi yang boleh anda fikirkan apabila anda singgah di negeri yang juga dikenali dengan nama negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Bagi rakyat negeri ini, Air Terjun Jeram Linang merupakan antara destinasi yang dikunjungi untuk mengisi masa lapang di hujung minggu.
GUNUNG STONG
Gunong Stong State Park Resort terletak di dalam kawasan pembangunan Hutan Negeri( State Park Stong)Kelantan. Berlatar belakangkan Air Terjun Jelawang yang tertinggi di Asia Tenggara dan Banjaran Gunong Stong telah menjadikan Gunong Stong State Park Resort sebagai sebuah kawasan reakrasi yang sesuai dikunjungi. Selain dari pusat perkelahan hujung minggu Gunong Stong State Park Resort menawarkan pakej percutian, Pakej pembinaan insan di samping pakej-pakej khas pendakian Gunung dan penjelajahan gua-gua yang mempunyai keunikannya tersendiri.
Gunong Stong State Park
resort dihubungkan dengan bandar-bandar utama seperti Kuala Krai, Gua
Musang dan Jeli dengan jalinan jalan raya yang baik di samping landasan
keretapi yang menghubungkan Johor Bharu di Selatan dan Tumpat di
Kelantan dengan menjadikan Perhentian Dabong sebagai pintu masuk utama.
Jarak dari Bandararaya Islam Kota Bharu Ke Gunong Stong State Park
Resort ialah 150km melalui bandar Jeli. Bagi pengunjung dari arah Kuala
Lumpur bolehlah melalui Bandar Gua Musang yang jaraknya 50km untuk
sampai ke Gunong Stong State Park Resort dan dari Bandar Kuala Krai Ke
Gunong Stong State Park Resort sekitar 70km
Gunong Stong State Park Resort mempunyai 13 buah chalet yang diperbuat daripada kayu disamping kemudahan Dorm-dorm yang boleh memuatkan 106 penghuni dalam satu-satu masa. Gunong Stong State Park Resort dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas seperti Dewan Seminar , Restoran(cafe) ,tandas awam, Madrasah,Jambatan gantung,trek pendakian gunong dan penerokaan gua disamping kemudahan bekalan elektrik , telefon dan air.
PANTAI SRI TUJUH
Pantai Sri Tujuh terletak di Tumpat Kelantan. Ia dinamakan Pantai Sri Tujuh kerana terdapat 7 buah teluk atau lebih di sini. Ia merupakan kawasan rekreasi yang menarik kepada pengunjung terutama dari Kelantan. Pantai Sri Tujuh berhampiran dengan Pengkalan Kubur dan Stesen keretapi Tumpat. Pengunjung dari Kuala Lumpur boleh ke sini dengan menaiki kereta api dengan bayaran RM32 seorang. Banyak teksi dan kereta sewa di stesen kereta api untuk pergi ke pantai.Kemudahan
- Asrama
- Taman permainan
- Tandas awam
- Kedai makan
- Restoran
- Dewan serbaguna
- Masjid
- Gelanggang futsal
- Padang latihan bermain golf
- Bot Kayuh
Tarikan / Aktiviti
- Fenomena tujuh teluk yang tidak boleh didapati di tempat lain
- Pelbagai aktiviti sukan air termasuk berenang
- Bermain bola tampar
- Berkhemah
- Pertandingan wau Antarabangsa
- Melihat aktiviti nelayan menebar jala dari tepi pantai
- Bot ski
- Menikmati panorama laut
- Berkhemah sambil memancing ikan
Tarikan terbaru di pantai ini adalah bot kayuh di Pantai Sri Tujoh
VIDEO DIKIR BARAT.