Sunday, 16 December 2012

PAHANG


PAHANG

Berikut adalah panduan dan senarai tempat menarik bagi pelancong yang ingin bercuti di negeri Pahang Darul Makmur. 
Turut di sertakan adalah peta bagi keseluruhan negeri Pahang Darul Makmur.


                                      

Cameron Highlands

Cameron Highlands merupakan antara pusat peranginan terkenal di Malaysia. Ia terletak di negeri Pahang, di tengah-tengah Banjaran Titiwangsa,yang berada pada 1524 meter dari aras laut.
Ia menjadi tarikan kepada pelancong tempatan dan asing kerana cuacanya yang dingin, tempat-tempat yang menarik dan ladang-ladang teh yang telah ditubuhkan pada akhir tahun 1929. Selain itu, ladang sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaan menjadi tarikan utama. Tempat berkhemah dan laluan pendaki juga disediakan bagi pelancong yang gemar mendaki dan berkhemah. Aktiviti tersebut amat sesuai untuk mengisi masa cuti anda.

                     

Genting Highland

Genting Highlands Resort kadang-kadang dikenali sebagai Las Vegas Malaysia kerana di sinilah didirikan satu-satunya kasino yang diniagakan secara sah di Malaysia.            
 Highlands Resort dibina oleh Tan Sri Lim Goh Tong. Kasino ini dikendali oleh Kumpulan Genting. Kawasan percutian ini juga terdiri daripada beberapa hotel yang dimilik anak syarikat Genting, termasuk Genting Hotel, Highland Hotel, Resorts Hotel, Theme Park Hotel, Awana Genting dan First World Hotel. First World Hotel mempunyai sejumlah 6,118 bilik, menjadikannya hotel terbesar di dunia pada masa kini.


Taman Negara

Taman ini menjadi sebuah destinasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia. Terdapat banyak daya tarikan dari segi geologikal dan biologikal di taman ini.                            
Gunung Tahan merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia terletak di Taman Negara, pendaki boleh menggunakan Kuala Tahan atau Merapoh sebagai titik permulaan ekspedisi pendakian itu. Taman Negara mempunyai banyak haiwan mamalia yang jarang ditemui dan semakin pupus seperti harimau, tenuk, gajah, rusa, babi hutan, pelanduk, dan seladang. Sungai Tahan menjadi kawasan habitat kepada Ikan Kelah, sejenis ikan pertandingan.


Description: http://my.effectivemeasure.net/emnb_18_28605.gif?1680020582

Bukit Fraser

Bukit Fraser mendapat nama dari seorang pengembara British pada zaman kolonial iaitu Louis James Fraser . Terdapat pelbagai cerita menarik tentang beliau tetapi tidak begitu jelas termasuk beliau sebagai pengeluar dadah opium dan perjudian di antara para pelombong di Pahang.

Banyak bangunan dan banglo dibina mengikut cita rasa kolonial British. Dinding rumah dari batu konkrit besar yang disusun dan disimen. Warna dinding berwarna putih dengan diselang-seli warna hitam pada tiang jenang. Pagar rumah dibuat daripada pokok-pokok bunga .Lebar jalan raya agak terhad iaitu hanya dua lorong dan sukar untuk berselisih kereta. Tidak ada bas naik ke Bukit Fraser kerana jalan rayanya sempit, banyak selekoh berbahaya dan curam. Di sepanjang jalan , banyak tanah runtuh yang ditutup dengan kain plastik berbelang atau sedang diperbaiki. Kini bas boleh sampai ke puncak kerana jalan naik dan turun berasingan.Tiada lagi jadual untuk naik dan turun seperti dahulu.Menariknya tandas awam beroperasi 24jam dan bersih.


Pulau Tioman

 Tioman yang berbentuk mirip seekor penyu adalah pulau terbesar dan yang paling menarik di antara pulau-pulau di perairan pantai Timur.Menurut kisah dongeng yang dipercayai penduduk tempatan, Tioman berasal dari sepasang naga. Pada zaman dahulu kala, sepasang naga suami isteri (naga jantan dan naga betina) meninggalkan Tasik Chini ke laut melalui Sungai Pahang.
Dalam perjalanan, naga ini tertinggal kain cindai lalu berpatah balik. Malangnya, waktu itu ayam telah berkokok. Naga ini pantang mendengar ayam berkokok. Oleh sebab melanggar pantang, naga betina bertukar menjadi pulau. Sementara naga jantan bertukar mrenjadi Gunung Nenek Semukut iaitu sebuah gunung yang terdapat di Pulau Tioman.




Gunung Senyum

  
Merupakan salah satu gua yang menarik untuk dijelajah dan dieksplorasi seperti berkhemah dan melakukan kajian saintifik. Terdapat banyak flora atau tumbuhan herba di gunung ini yang dikatakan mempunyai nilai perubatan.


Taman Rimba Kenong

    
Taman Rimba Kenong yang mempunyai keluasan 120 km persegi ini merupakan kawasan hutan hujan tanah rendah yang landai hingga ke bukit batu kapur yang bersempadan dengan Taman Negara.


Pantai Cherating

                    Kampung Cherating yang tenang mempunyai suasana santai, pantai yang bersih dan makan laut yang lazat. 
Selain itu, Pahang juga mempunyai banyak lagi tempat menarik untuk di kunjungi sama ada untuk mandi manda, melihat gua, mendaki bukit dan melihat keindahan alam semulajadi. Antaranya…
  • Air Terjun Sungai Pandan, Kuantan
  • Air Terjun Berkelah, Maran
  • Air Terjun Teladas, Maran
  • Air Terjun Chamang, Bentong
  • Air Terjun Chekas, Raub
  • Pantai Balok, Kuantan
  • Pantai Rompin, Rompin
  • Teluk Chempedak, Kuantan
  • Air Terjun Lubuk Yu, Maran
  • Bukit Gambang Water Park, Kuantan
  • Gua Charah, Kuantan
  • Gua Bama, Lipis
  • Gua Kecil, Raub
  • Gua Kota Gelanggi, Jerantut
  • Taman Negara
  • Taman Negara Endau-Rompin




No comments:

Post a Comment