Monday 17 December 2012

NEGERI SEMBILAN





Negeri Sembilan Darul Khusus adalah sebuah negeri yang terletak di pantai barat semenanjung malaysia dan bersempadankan:


  • Selangor di utara
  • Pahang di timur
  • Johor di tenggara
  • Melaka di selatan
  • Selat Melaka di barat

Masyarakat Negeri Senbilan merupakan perantau asal Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia yang telah tiba sejak abad ke-14. Kedudukan Negeri Sembilan dalam persekutuan Malaysia terdiri daripada 14 negeri termasuk Wilayah Persekutuan adalah seperti berikut:

  • Keluasan: kelima terkecil di Malaysia (tangga ke-10), serta di Semenanjung (tangga ke-8)
  • Penduduk: ketiga terkecil (tangga ke-12) di Malaysia, serta di Semenanjung (tangga ke-10)
  • Kepadatan penduduk: ke-8 terbesar di Malaysia, serta di Semenanjung.





















Sebagaimana sedia maklum, Negeri Sembilan juga terkenal dengan pelbagai tempat menarik dan keunikannya tersendiri.Berikut merupakan antara tempat menarik yang terdapat di Negeri Sembilan: 





KOMPLEKS KRAF NEGERI SEMBILAN

Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan akan mengadakan Promosi Kraf Malaysia Negeri Sembilan 2012 pada 4 hingga 8 Disember 2012 bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang, bertempat di pekarangan Kompleks Kraf Negeri Sembilan. Diantara aktiviti yang diatur adalah jualan produk kraf, jualan masakan tradisional, interaktif kraf, persembahan kesenian dan kutipan amal ‘Untukmu GAZA’, pertandingan permainan tradisional, pertandingan masak lomak cili api dan pelbagai aktiviti lain yang menarik menanti anda.











PANTAI DI NEGERI SEMBILAN

Port Dickson terkenal kerana adanya pantai yang panjang dan indah dari Janakuasa Elektrik Tuanku Jaafar hingga ke Pasir Panjang. Pantai Teluk Kemang yang cantik ialah di Batu 8 dan Batu 7. Pantainya landai,bersih, pasir putih halus dan dilengkapi dengan kedai makanan, bilik mandi dan tandas serta pondok-pondok rehat. Terdapat banyak hotel, chalet dan resort dibina di Teluk Kemang dan di Port Dickson. Antaranya ialah Ilham Resort,PD Marina, Tanjung Tuan Beach Resort,Guoman,Tiara Resort, Corus Paradise Resort, Glory Beach Resort dan lain-lain.


















BANDAR DIRAJA SERI MENANTI

Seri Menanti adalah bandar diraja bagi Negeri Sembilan. Ia terletak kira-kira 40 kilometer dari ibu negeri, Seremban dan 14 kilometer dari pekan Kuala Pilah.Seri Menanti terletak di suatu kawasan lembah yang dikelilingi bukit bukau menghijau. Rata-rata penduduk di sini adalah rakyat sederhana yang asalnya petani. Dipercayai Seri Menanti telah diteroka oleh orang-orang Minangkabau dari Rembau pada sekitar kurun Masihi ke-15. Menurut cerita lisan, semasa meneroka kawasan tanah di situ telah terjumpa tiga rumpun padi yang subur menghijau. Maka itu dipanggil tempat itu Padi Menanti. Lama kelamaan tempat itu bertukar sebutan kepada 'Seri Menanti'. Dipercayai Seri adalah perkataan Jawa Kuno yang bermakna padi. Nama Seri Menanti diberi nama oleh Datuk Puteh yang berasal dari Pagar Ruyong. Datuk Puteh percaya dengan penemuan tiga batang padi itu, akan memakmurkan negeri itu jika dibuka.














Istana Diraja Seri Menanti terletak di Bandar Seri Menanti, Negeri Sembilan. Istana ini diperbuat daripada kayu belian tanpa menggunakan sebarang paku. Dibina pada 1902, istana ini mempunyai ciri-ciri senibina Minangkabau yang unik. Warna hitam bangunan ini menjadikan ia kelihatan tersergam indah dari jauh. Bangunan setinggi 65 kaki ini mempunyai 99 tiang kayu keras. Pelbagai motif bunga turut diukir pada kayu belian ini. Kini, istana yang dahulunya menjadi kediaman rasmi Raja telah dijadikan Muzium Diraja Khas. Orang ramai boleh mengunjungi pameran yang terdapat disini.





TERATAK ZA'BA BATU KIKIR


Teratak Za'ba, yang dibina sejak tahun 2001 merupakan muzium berunsurkan pendidikan. Ia sebagai menghargai jasa dan sumbangan Tan Sri Zainal Abidin Ahmad atau Za'ba yang telah banyak menyumbang kepada perkembangan bahasa Melayu. Muzium itu dibangunkan hasil cetusan idea Budayawan, Tan Sri Samad Idris selepas melawat rumah penyair Inggeris William Shakespeare di Stratford-Upon-Avon, England. Fokus Pelancongan dan Alam Sekitar hari ini melihat keunikan muzium tersebut bersama wartawan TETITIA YUSOFF.












AIR TERJUN JERAM GADING


Jeram Gading terletak di Jelebu Negeri Sembilan. Jaraknya daripada Kajang atau Ampang melalui jalan Hulu Langat tidak sampai 60 kilometer. Kampung yang paling hampir dengan Jeram Gading adalah Kampung Chennah.
Terdapat sebuah resort kepunyaan Majlis Daerah Jelebu yang boleh disewa untuk penginapan di sana. Anda boleh menikmati air sungai yang sejuk mengalir deras yang ada di sebelah kawasan resort tersebut. Sesuai untuk kunjungan sekeluarga dan jangan lupa bawa makanan yang mencukupi ke sana.



















HUTAN LIPUR JERAM TENGKEK

Hutan lipur ini terletak di Hutan Simpan Serting kira-kira 30 minit dari pekan Batu Kikir. Hutan ini kaya dengan pelbagai jenis tumbuhan dan landskap batu-batan yang pelbagai bentuk. Sungai Jempol dan Sungai Tanun mengalir membentuk jeram semulajadi yang sesuai untuk aktiviti berkelah. Disamping itu, disini juga terdapat perkampungan Orang Asli untuk dilawati.


























GUNUNG ANGSI KUALA PILAH



Gunung Angsi yang terletak di Tanjung Ipoh yang terletak di daerah PilahNegeri Sembilan mempunyai ketinggian setinggi 825 meter (2,702 kaki). Ia merupakan salah satu tarikan bagi Hutan Rekreasi Ulu Bendol dan terbuka bagi pendakian.
Pendakian Gunung Angsi biasanya mengambil masa selama empat jam yang melalui laluan trek sepanjang 4.5 kilometer sepanjang Sungai Batang Terachi. Dari Gunung Angsi, pendaki boleh melihat gunung-gunung berhampiran seperti Gunung Telapa BurukGunung BerembunGunung Datuk dan Gunung Tampin.













Ini merupakan antara tempat menarik yang terdapat di Negeri Sembilan yang boleh anda lawati...



No comments:

Post a Comment